Select Your Region

Amerika Utara

Amerika Latin

Eropah

Timur Tengah

Afrika

India

Lingkungan Pasifik

Australia dan New Zealand

  • Australia and New Zealand
  • English

Kerjaya

Di JLG, kami mempunyai antara kakitangan yang paling berbakat dan mahir dalam industri ini yang berkhidmatan dengan kami. Apabila anda menjadi sebahagian daripada pasukan JLG, anda menyertai rangkaian global yang komited untuk mencapai matlamat yang sama: menghulurkan sokongan dengan menyediakan penyelesaian yang menyahut cabaran pelanggan kami.

JLG memberi tumpuan yang tidak berbelah bahagi untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat untuk anda di samping menyediakan peluang yang sama rata kepada semua kakitangan kami.

Cari Pekerjaan

Cari peluang pekerjaan di lokasi-lokasi JLG di seluruh dunia. Pilih daripada pautan di bawah dan anda akan dihalakan ke laman sesawang peluang pekerjaan di Oshkosh Corporation.

Peluang Calon Luar
Peluang Calon Intern dan ‘Co-Op’
Peluang Calon Dalaman

Sebagai sebahagian daripada proses pengambilan pekerja kami, kami menyertai E-Verify.

Lokasi

JLG mempunyai 39 lokasi jualan dan servis di seluruh dunia; kemudahan pembuatan kami yang terbesar terletak di McConnellsburg, Pennsylvania. Kami mempunyai kemudahan pembuatan di Pennsylvania dan Ohio di Amerika Syarikat, juga di Perancis dan Belgium.

Manfaat Syarikat

JLG menawarkan pakej ‘Total Rewards’ yang merangkumi gaji yang berdaya saing, manfaat yang komprehensif dan peluang pertumbuhan yang hebat. Kami juga menawarkan program pembayaran balik yuran pengajian untuk ahli pasukan yang berminat untuk menyambung pelajaran.

Manfaat termasuk:

Gaji yang berdaya saing
Pelan simpanan persaraan
Pelan bonus
Perlindungan penjagaan kesihatan
Perlindungan pergigian
Perlindungan penglihatan
Gaji berdasarkan kemahiran
Acara ahli pasukan
Program kesejahteraan
Pelan preskripsi
Insurans nyawa asas dan AD&D uang disediakan oleh Syarikat
Insurans nyawa sukarela pilihan
Perlindungan pendapatan OKU
Cuti berbayar termasuk cuti tahunan, cuti umum, cuti peribadi dan cuti sakit
Ameridoc
Akaun Perbelanjaan Fleksibel
Insurans kemalangan perjalanan atas urusan kerja yang ditanggung syarikat
Deposit terus EAP
Pembayaran balik yuran pengajian

Bantuan

Sekiranya anda memerlukan bantuan mencari peluang pekerjaan di JLG Industries, atau sekiranya anda memerlukan bantuan berhubung proses permohonan, sila hubungi kami di jobline@jlg.com.

Oshkosh Corporation adalah majikan peluang sama rata. Syarikat ini akan menyediakan peluang sama rata kepada semua individu tanpa mengira kaum, warna kulit, agama, jantina, orientasi seksual, identiti jantina, negara asal, ketidakupayaan, atau status veteran. Maklumat yang dikumpulkan berhubung kategori seperti yang diuntukkan oleh undang-undang tidak akan mempengaruhi keputusan berkaitan permohonan pekerjaan, dalam apa jua cara sekalipun.

Oshkosh Corporation juga merupakan kontraktor persekutuan yang mengambil tindakan afirmatif bagi mengambil bekerja golongan bawah umur, wanita, orang kurang upaya, veteran kurang upaya dan veteran era Vietnam yang layak. Mana-mana pekerja atau pemohon pekerjaan yang layak di bawah peraturan yang berkenaan akan dilindungi di bawah program tindakan afirmatif kami dengan memberikan maklumat ini kepada Syarikat. Penyerahan maklumat ini adalah secara sukarela, akan dirahsiakan dan bukan merupakan keperluan untuk diambil bekerja.

Sesetengah jawatan tertentu di Oshkosh Corporation memerlukan akses kepada barangan dan teknologi terkawal yang tertakluk pada Peraturan Perdagangan Senjata Antarabangsa atau Peraturan Pentadbiran Eksport. Pemohon bagi jawatan ini mungkin perlu memenuhi syarat “Warga A.S.,” seperti yang ditakrifkan dalam peranturan ini. Secara umumnya, “Warga A.S.” ialah warganegara A.S., penduduk tetap yang sah atau individu yang telah diterima sebagai pelarian atau diberikan suaka.

JLG Industries tidak akan memecat atau dalam apa jua cara sekali pun mendiskriminasi pekerja atau pemohon kerana mereka telah mengajukan pertanyaan mengenai, membincangkan, atau mendedahkan gaji mereka sendiri atau gaji pekerja atau pemohon lain. Walau bagaimanapun, pekerja yang mempunyai akses kepada maklumat pampasan pekerja atau pemohon lain sebagai sebahagian daripada fungsi pekerjaan penting mereka tidak boleh mendedahkan gaji pekerja atau individu lain kepada individu yang tidak sebaliknya mempunyai akses kepada maklumat pampasan, melainkan pendedahan tersebut adalah (a) dalam usaha menjawab aduan atau tuduhan formal, (b) sebagai melanjutkan siasatan, prosiding, perbicaraan, atau tindakan, termasuk siasatan yang dikendalikan oleh majikan, atau (c) selaras dengan kewajipan JLG Industries di sisi undang-undang untuk memberi maklumat.

Video Reaching Out