Dengan meneruskan melayari laman web ini, anda bersetuju dengan penggunaan kuki oleh kami. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan kuki oleh kami, sila kunjungi laman Syarat-syarat kami.
Sign in to JLG Resource Center Pusat Jenama
Need an account? Daftar
Amerika Utara
Amerika Latin
Eropah
Timur Tengah
Afrika
Rusia
India
Lingkungan Pasifik
Australia dan New Zealand
JLG Industries, Inc. telah memperoleh keyakinan dan kepercayaan pelanggan melalui inovasinya sejak tahun 1969 lagi. Pelanggan kami merupakan keutamaan kami, dan kami berpegang teguh pada komitmen kami dalam memahami cabaran mereka.
Sebagai peneraju reka bentuk dan pembuatan peralatan capaian dunia, produk dan kakitangan JLG ditempatkan di seluruh dunia, dan mereka sanggup melakukan apa jua demi menyokong para pelanggan. Kami menyampaikan peralatan berkuasa dan versatil yang diperlukan oleh pelanggan di samping latihan serta servis yang tiada tandingannya. Hal ini demikian kerana bertanggungjawab untuk berfungsi lebih daripada sebagai sebuah syarikat pembuatan sahaja.. Kami berperanan sebagai rakan kongsi dalam memastikan kejayaan pelanggan kami dengan menghulurkan bantuan dan kepakaran kami ke serata dunia demi mengadakan prestasi, merangsang produktiviti, memastikan operasi tidak tergendala dan menyokong kemajuan.
JLG adalah sebuah Syarikat Oshkosh Corporation [NYSE: OSK].
Melalui kepimpinan, kerja berpasukan dan dedikasi, kami akan menyediakan kualiti, perkhidmatan dan penghantaran cemerlang yang bertaraf dunia kepada pengedar dan pelanggan kami, peluang dan usaha memperkaya kepada kakitangan kami dan prestasi yang unggul kepada pemegang saham kami.
JLG telah Menghulurkan Sokongan dalam usaha menyahut cabaran terbesar anda sejak dari mula lagi apabila pengasasnya, John L. Grove, bertekad untuk menyelesaikan kemusykilan yang kian meningkat dalam industri pembinaan.
Selepas Grove meninggalkan syarikat pembuat kren yang berjaya yang turut diasaskan beliau, beliau mendapat tahu tentang betapa industri pembinaan memerlukan jentera yang boleh mengangkat pekerja untuk mencapai ketinggian tertentu dengan selamat dan cepat bagi melakukan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan.
Beliau menumpukan tenaga beliau pada cabaran ini dengan menubuhkan JLG Industries, Inc. pada tahun 1969. Dengan kakitangan seramai hanya 20 orang dan bengkel pembikinan logam yang kecil di McConnellsburg, Pennsylvania. Platform kerja di udara JLG yang pertama dijual pada tahun 1970.
Apabila Grove meninggal dunia pada tahun 2003, beliau meninggalkan pusaka warisan – sebuah syarikat yang terus melebarkan sayap ke pasaran global yang lain, membangunkan produk inovatif dan menghulurkan sokongan demii membantu pelanggan agar lebih produktif dan bekerja dengan lebih selamat.
Lihat garis masa sejarah penting JLG dari dahulu hingga sekarang