Select Your Region

Amerika Utara

Amerika Latin

Eropah

Timur Tengah

Afrika

India

Lingkungan Pasifik

Australia dan New Zealand

  • Australia and New Zealand
  • English

Telehandler

Telehandler JLG® direka bentuk bagi memberikan produktiviti, kebolehharapan dan prestasi yang dipertingkatkan ke tahap yang optimum di dalam persekitaran tugas berat. Dengan muatan antara 2.5 tan sehingga 4.0 tan dengan ketinggian sehingga 14 meter (45.9 ka.), anda boleh mengendalikan hampir segala cabaran di tapak kerja. Kawalan joystik tunggal memudahkan peletakan boom, manakala pelbagai alat tambahan membantu menghasilkan kepelbagaian penggunaan tambahan pada jentera yang diperlukan. Dari kerja pembinaan komersil dan kediaman sehingga ke kerja keluli dan kerangka, terdapat dua jenis telehandler yang boleh dipilih: Telehandler padat JLG dengan transmisi hidrostatik membolehkan anda bergerak di sekitar kawasan kerja yang sesak untuk menyiapkan tugas. Telehandler Siri PS JLG dengan transmisi anjakan kuasa pula dibina untuk menyahut cabaran penggunaan yang paling sukar. Pelbagai pilihan alat tambahan kami menambahkan lagi kepelbagaian penggunaan jentera yang diperlukan untuk apa juga tugas yang perlu disiapkan seharian.