Select Your Region

Amerika Utara

Amerika Latin

Eropah

Timur Tengah

Afrika

India

Lingkungan Pasifik

Australia dan New Zealand

  • Australia and New Zealand
  • English

400S dan 450AJ Menawarkan Hayat Yang Lebih Panjang dan Jumlah Kos Pemilikan yang Lebih Rendah

JLG 450AJ Boom Kami sentiasa mendengar daripada pelanggan sewa tentang kos menyelenggara aset mereka — terutamanya produk yang tinggi kadar penggunaannya seperti lif bum teleskopik 400S dan lif bum teleskopik artikulat 450AJ. Panggilan servis yang kerap, kos bahan api yang meningkat dan penggantian alat ganti yang haus dan rosak — semua kos operasi ini menambah perbelanjaan. Dalam usaha mencari jalan untuk merendahkan jumlah kos pemilikan (TCO) jentera-jentera ini, kami meneliti apa yang paling penting kepada pelanggan sewa: kecekapan tenaga, sifat boleh servis, dan ketahanan. Hasilnya? Lif bum yang direka semula dengan ciri penjimatan masa dan wang.
Naik taraf 400S dan 450AJ
Setelah mengendalikan temu bual dan perbincangan yang terperinci dan mendalam dengan para pelenggan sewa kami, kami telah menggunakan maklum balas mereka untuk mereka semula lif bum 400S dan 450AJ kami. Ciri-ciri baharu dan diperkembang dalam lif bum ini, seperti sistem hidraulik yang direka semula, komponen bermutu paling tinggi dan sifat boleh servis yang dipertingkat secara menyeluruh, membantu mengurangkan kos penyelenggaraan bagi pemilik dan kos bahan api bagi pengguna akhir.

Kapasiti yang lebih besar demi kecekapan yang lebih tinggi
Kapasiti platform tanpa had ditambah kepada 272 kg (600 lb), pada 400S dan 250 kg (550 lb) pada 450AJ, manakala kapasiti platform terhad pada 400S boleh menampung sehingga 454 kg (1,000 lb). Kapasiti platform yang lebih besar ini membolehkan pengendali membawa lebih banyak bahan, mengurangkan bilangan kitaran naik dan turun serta menyumbang kepada kecekapan yang lebih tinggi bagi pengguna akhir, di samping itu, ia turut mengurangkan haus dan lusuh serta kos pemilikan.

Alat ganti berkualiti tinggi benar-benar bermakna
Hasil daripada sistem penghalaan baharu yang diperkemas yang mempunyai kurang hos hidraulik, para pemilik 400S dan 450AJ kurang membuat panggilan servis untuk masalah kebocoran injap dan hos. Jentera ini kini juga mempunyai ciri palam Zero-Leak Gold® plugs, yang terbukti mengurangkan kebocoran akibat injap tersumbat secara ketara berbanding palam lain. Kedua-dua lif bum mempunyai reka bentuk gandar tuangan dan spindel dengan cemat agung tirus untuk mengukuhkan sendi antara spindel dengan gandar — ini menggandakan hayat kawasan bertekanan tinggi ini. Hud DuraTough menawarkan ketahanan haba dan impak yang lebih tinggi berbanding bahan hud terdahulu, di samping menawarkan penampilan moden yang lebih kemas.

Penyelesaian masalah yang lebih segera
Tolok penunjuk digital berbilang fungsi (MDI) yang tersedia dalam jentera ini serta paparan permukaan/tanah yang interaktif menyediakan maklumat tentang masa pada mesin, cas bateri, paras bahan api dan kod kerosakan diagnostik. Ciri yang tidak terdapat pada model terdahulu ini adalah tambahan kepada kedua-dua jentera dan menampilkan lampu LED cekap-tenaga. Ia turut menyediakan kepada pengendali dan juruteknik paparan teks Bahasa Inggeris serta kod kerosakan di samping mengurangkan keperluan untuk menggunakan penganalisis bimbit, sekaligus menjimatkan masa yang berharga untuk mencari punca masalah dan mendiagnosis masalah yang dihadapi oleh jentera. Dalam sesetengah keadaan, ia bahkan menyingkirkan keperluan untuk membuat panggilan servis, memperlengkap juruteknik di tapak dengan keupayaan untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah tanpa perlu menunggu ketibaan juruteknik servis.

RPM yang lebih rendah bermaksud kurang kelusuhan pada jentera dan penjimatan bahan api yang lebih tinggi
Pemilik sewa pasti menghargai penjimatan yang diperoleh daripada sistem hidraulik yang dipertingkat dan enjin dengan RPM boleh ubah sepenuhnya dan berlandaskan tuntutan ini. Tambahan kepada 400S dan 450AJ ini menghasilkan kecekapan operasi enjin yang lebih tinggi dengan RPM yang secara ketara lebih rendah—sehingga 30 juta putaran enjin yang lebih rendah sepanjang hayat jentera. Ini bererti kurang kehausan pada galas, omboh, gelang dan pam, di samping kecekapan bahan api yang lebih tinggi dengan anggaran penjimatan bahan api tahunan mencecah $500 untuk pengguna akhir.

Dengan menunjangi ketahanan dan sifat boleh servis 400S dan 450AJ ini, jentera-jentera ini kini mempunyai kitaran hayat yang lebih panjang – dan pemilik sewa pastinya menghargai penjimatan yang lebih baik yang mengiringi kecekapan bahan api dan kewibawaan yang lebih tinggi ini.

Kisah TCO JLG

1930ES
Kisah TCO JLG

Kekal Terhubung

Langgani e-Berita kami