Select Your Region

Amerika Utara

Amerika Latin

Eropah

Timur Tengah

Afrika

India

Lingkungan Pasifik

Australia dan New Zealand

  • Australia and New Zealand
  • English

Lif Gunting Elektrik 1930ES Menyampaikan Jumlah Kos Pemilikan yang Rendah dengan Masa Tak Gendala Yang Tinggi

JLG 1930ES electric scissor lift Bagi kebanyakan syarikat sewa, lif gunting elektrik 5.8 m (19 ka) adalah antara yang paling versatil dan jentera yang paling banyak digunakan dalam flit sewaan. Kami tahu bahawa pemilik sewa dan pengguna akhir menghargai sifat keserbagunaannya, tetapi kami juga tahu daripada maklum balas mereka bahawa isu seperti bateri yang menyusut dan kebocoran hos hidraulik boleh mengakibatkan mesin ini tidak dapat digunakan dan ini meningkatkan perbelanjaan berkaitan-peralatan dalam bentuk panggilan servis, pembaikan dan penggantian bateri. Lif hunting elektrik 1930ES direka untuk menangani permintaan pelanggan untuk lif gunting yang tahan lama, boleh diservis dan sedia untuk disewa dengan jumlah kos pemilikan yang rendah (TCO). Model ini adalah contoh terbaik bagaimana kami telah mengambil kira kemusykilan pelanggan tentang sifat boleh servis dan tahan lama untuk menerapkan ciri TCO yang rendah ke dalam setiap fungsi sesebuah jentera.

1930ES: Direka untuk TCO yang Optimum
Dari permulaan lagi, lif gunting elektrik 1930ES telah direka dengan ciri-ciri dan fungsi yang memaksimumkan masa tak gendala dan meminimumkan kos operasi. Kitaran tugas yang lebih baik daripada biasa, hayat bateri yang boleh dipercayai, hidraulik yang diperkemas dan sifat mudah diservis menjadikannya jentera idaman yang membawa keuntungan bagi pelanggan sewa.

Kitaran tugas yang lebih memberi anda lebih masa tak gendala
Untuk pelanggan sewa dan pengguna akhir, lif gunting yang boleh menyampaikan lebih kitaran tugas dengan hanya satu cas tunggal merangsang produktiviti dan memastikan sentiasa ada permintaan untuk jentera ini. 1930ES ini dibina dengan sistem pemacu elektrik untuk memastikan ia lebih cekap dengan masa tak gendala yang lebih tinggi. Kitaran tugas yang menerajui industri memastikan 1930ES mampu melaksanakan tugas dengan lebih lama bagi pengguna akhir, sekali gus memastikan kadar penggunaan yang lebih tinggi bagi pelanggan sewa. Pemacu elektrik dan daya tahan kitaran tugas 1930ES ini turut mengurangkan kelusuhan bateri.

Hayat bateri yang lebih bagi mengurangkan panggilan servis
Kebanyakan panggilan servis yang kita lihat pada AWP elektrik seperti 1930ES berkaitan dengan kehabisan bateri. Semakin kurang kitaran tugas yang dihasilkan oleh sesebuah jentera, lebih cepat bateri akan ternyahcas sepenuhnya, dan ini berkemungkinan memerlukan panggilan servis untuk mengeluarkan mesin daripada tapak dan menggantikannya dengan unit yang bercas – mengakibatkan masa gendala dan potensi kos tambahan untuk pengangkutan peralatan yang tidak dapat digunakan ini.

Bilangan kitaran tugas yang tinggi yang dihasilkan oleh pemacu elektrik memastikan bateri kurang lusuh. Ia juga mengurangkan bilangan kali bateri dinyahcas dan dicas semula. Hayat bateri yang lebih baik ini menyebabkan ia tidak perlu diganti dengan begitu kerap sepanjang hayat jentera ini. Kos satu set bateri 4x6V adalah sekitar 400 dolar AS – memberi kesan langsung pada TCO dan penjimatan tambahan kepada pelanggan.

Pengurangan kebocoran bererti sifat boleh servis yang lebih baik
Panggilan servis dan perbelanjaan yang berkaitan bagi kebocoran hos boleh meningkatkan TCO bagi pemilik peralatan. Kami telah mengambil kira unsur boleh servis yang amat penting ini dalam seluruh barisan lif gunting Siri ES. (Lif gunting jenama pesaing mempunyai sehingga 20 hos dan 40 tempat kebocoran.) 1930ES (seperti model ES yang lain) direka dengan dua hos hidraulik dan empat tempat sambungan hidraulik. Perkemasan hos dan tempat sambungan ini mengurangkan dengan ketara kemungkinan kebocoran hidraulik.

Hasilnya, pengguna membuat kurang panggilan servis untuk kebocoran hos dan penggantian, sekali gus meningkatkan masa tak gendala bagi 1930ES ini. Kos berkaitan pembersihan bendalir hidraulik akibat kebocoran juga berkurangan. Pengurangan bilangan hos hidraulik dan potensi kebocoran turut mempengaruhi TCO melalui penjimatan minyak hidraulik: Kebocoran setitik minyak setiap 10 saat bersamaan dengan 151 liter (40 gelen) bendalir setahun.

Dengan meletakkan pam dan tangki ke dalam sebuah pemasangan silinder serba lengkap, kami dapat memudahkan akses agar jentera mudah diservis, sekali gus mengurangkan masa gendala bagi sebarang pembaikan.

Platform yang teguh untuk memastikan ia tahan lama
Meskipun kami menerapkan ciri-ciri yang membantu mengurangkan TCO ke dalam 1930ES, kami telah membuat penambahbaikan yang penting berdasarkan maklum balas pelanggan. Para pelanggan menyuarakan keperluan untuk platform yang mampu menahan lusuh dan haus dan boleh dibaiki dengan mudah, dan sebaliknya tidak perlu diganti, jika berlaku kerosakan. Hasilnya, kami telah menggunakan platform keluli. Seiring dengan sifat tahan lama dan tegar yang terhasil daripada dek keluli ini, para pelanggan mendapati jentera ini lebih mudah dan lebih murah untuk dibaiki.

Dengan sifat boleh servis, kebolehpercayaan dan sifat tahan lamanya, 1930ES terbukti sebagai jentera pilihan utama yang digunakan yang menyampaikan jumlah kos pemilikan yang lebih rendah dan masa tak gendala maksimum kepada pemilik sewa.

Kisah TCO JLG

400S dan 450AJ
Direka semula dengan memberi tumpuan pada TCO.

Kekal Terhubung

Langgani e-Berita kami