Select Your Region

Amerika Utara

Amerika Latin

Eropah

Timur Tengah

Afrika

India

Lingkungan Pasifik

Australia dan New Zealand

  • Australia and New Zealand
  • English

Pertimbangan bagi Jumlah Kos Pemilikan

Mengapakah jumlah kos pemilikan bermakna untuk anda

Sebagai pemilik atau pengendali syarikat penyewaan, anda menghadapi pelbagai keputusan apabila anda melabur dalam peralatan yang baharu. Menilai inventori dan belanjawan anda, menentukan produk terbaik untuk keperluan flit anda, dan kos perolehan, kesemuanya mempengaruhi pembuatan keputusan anda. Kemudian terdapat pula faktor-faktor yang melangkaui pelaburan awal anda — jumlah kos pemilikan anda.

Jumlah kos pemilikan (TCO) berhubung kait dengan kos yang meliputi kitaran hayat peralatan anda. Sewaktu membuat keputusan untuk membeli peralatan anda, pelaburan awal anda adalah sebahagian daripada perkiraan ini. Memahami bahawa TCO boleh membantu anda melihat melangkaui harga perolehan awal, sekali gus membolehkan anda mempertimbangkan nilai dan keuntungan peralatan anda dan, akhirnya, untung-rugi anda.


Apakah yang memberi kesan kepada TCO anda?

Pelbagai perkara yang melangkaui pelaburan awal anda memberi kesan pada TCO anda. Kos yang dijangka, seperti insurans, cukai dan waranti, serta perbelanjaan lain dan penamatan pelaburan yang boleh mempengaruhi jumlah kos pemilikan anda. Sebagai pemilik peralatan sewa, anda perlu mempertimbangkan faktor kos lain yang mempengaruhi untung-rugi anda:

  • Kos perolehan untuk memasukkan mesin ke dalam flit anda dan sedia untuk disewa
  • Kos operasi, termasuk penyelenggaraan terjadual, servis, pembaikan luar jangka, alat ganti dan latihan
  • Nilai jualan balik: Jentera  yang diselenggara dengan baik daripada jenama peneraju pasaran akan memberi anda harga jualan balik yang terbaik apabila anda menamatkan pelaburan anda dalam jentera tersebut
  • Kebolehpercayaan jentera untuk memperoleh masa tak gendala, penggunaan dan hasil sewaan yang maksimum
  • Keserbagunaan jentera untuk memperoleh penggunaan dan hasil sewaan yang maksimum

Hasil sewaan anda bergantung sebahagian besarnya pada penggunaan dan masa tak gendala peralatan anda — jentera yang melahu tidak meraih pendapatan. Masa gendala disebabkan oleh penyelenggaraan yang tidak dijangka atau yang terlalu kerap mengurangkan penggunaan serta hasil anda. Perbelanjaan tambahan daripada kelewatan servis atau kelewatan mendapatkan alat ganti yang betul juga menambah pada kos operasi. Apabila peralatan anda boleh dipercayai dan menyampaikan masa tak gendala maksimum, anda meraih manfaat daripada hasil sewaan yang lebih tinggi dan jumlah kos pemilikan yang lebih rendah.


Penyelesaian JLG untuk meningkatkan TCO

Sebagaimana TCO seharusnya diambil kira sebagai faktor dalam pilihan pelaburan peralatan anda, keperluan perniagaan dan pertimbangan kos operasi anda juga turut diambil kira dalam reka bentuk dan pembangunan produk kami. Suara pelanggan penting bagi kami. Dengan mendengar apa yang anda perlu dan kemusykilan kos anda, kami memahami bagaimana TCO mempengaruhi untung-rugi anda. Kami sentiasa merujuk pada para pelanggan kami dalam usaha mencari jalan untuk memperbaiki jentera kami dan membantu memastikan para pelanggan kami produktif dan berkeuntungan melalui produk yang menghasilkan prestasi yang dituntut oleh para pelanggan pada jumlah kos pemilikan yang paling rendah.

Input pelanggan yang meluas mengenai kos operasi membantu memacu reka bentuk semula lif bum 400S dan 450AJ baru-baru ini. Produk-produk ini dijurutera semua dengan teliti dengan menjadikan TCO yang lebih rendah sebagai sasaran dan kini menampilkan ciri naik taraf penjimatan kos:

  • Sifat boleh diservis yang lebih baik: Lif bum 400S dan 450AJ mempunyai kurang komponen yang perlu diselenggara dan akses yang lebih baik kepada bahagian jenteranya bagi tujuan diagnostik dan melaksanakan usaha membaiki.
  • Selang waktu servis yang lebih panjang bagi telehandler JLG memastikan jentera sedia untuk disewa
  • Ketahanan yang lebih serta haus dan lusuh yang berkurangan hasil daripada alat ganti dan pembikinan yang berkualiti

Kami memberi tumpuan untuk memastikan anda kekal produktif dan meraih keuntungan melalui produk yang cuba untuk menyampaikan TCO yang lebih rendah. Kajian-kajian kes ini akan menunjukkan bagaimana suara pelanggan dan fokus terhadap TCO menghasilkan peralatan yang lebih berwibawa dan boleh diservis.


Kisah TCO JLG

Kisah TCO JLG

1930ES
Dibina untuk menyampaikan TCO yang lebih rendah.

400S dan 450AJ
Direka semula dengan memberi tumpuan pada TCO.

Kekal Terhubung

Langgani e-Berita kami